ECPI Healthcare Centre
Bermulanya dengan pembukaan Klinik Perubatan Elektronik Jln Yadi, Klang pada tahun 2005, suatu perubahan dirasakan perlu untuk menanggani pelbagai isu yang berlegar di kalangan masyarakat yang berhubung dengan kesihatan. Pendekatan yang lebih menarik , segar , moden serta lebih mudah untuk didekati adalah perlu untuk memberi ruang kepada masyarakat mengenali teknologi perubatan yang dibawa iaitu berasaskan “Spacetime Technology” .Berikutan hasrat inilah maka tercetusnya idea untuk mewujudkan cawangan klinik yang baru dengan konsep ‘miracle spa’ iaitu gabungan Pusat Jualan ECPI dan Pusat Rawatan Kesihatan yang lebih santai tetapi mampu menjalankan fungsi dan peranan sebagai klinik. Maka pada 2hb April 2013 ECPI Healthcare Centre telah mula beroperasi di Lot F-6, Tingkat 1 HP Mall (Giant Port Klang), No 6 Jalan Depoh KS/4, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor.Semuga dengan pendekatan baru ini teknologi yang di dokong oleh Kumpulan Perubatan Elektronik ini lebih dekat di hati masyarakat.
Untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa kesihatan adalah faktor yang penting dalam kehidupan.Mendidik masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan memberikan khidmat nasihat secara berterusan dan tanpa jemu. Seterusnya membebaskan masyarakat dari kebergantungan kepada ubat –ubatan yang berunsur dadah dan bahan kimia kepada kaedah rawatan yang natural , selamat suci dan berasaskan fitrah kejadian manusia.
Falsafah Kami,
DR (EM) NORAISKIN MUHAMMAD TAHIR
MANAGING DIRECTOR OF ECPI HEALTHCARE CENTRE